Ahad, 19 Julai 2015

Persembahan Seni Bela Diri 1 Malaysia Terbesar Di Sabah

Demo Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi. Selain ni banyak lagi demo silat ini dilakukan. Amat meriah sekali dengan kunjungan ramai.
Hal ini telah membuatkan ssaya semakin berrsemangat dalam bergiat aktif dalam Silat Cekak Hanafi.
Ramai kekawan saya bertanya, mengapa saya sangat bergiat aktif dalam silat ini dan mengapa tidak pada silat lain ? jawapan yang saya berikan adalah, semua silat di dunia ini sebenarnya adalah sama tidak kiralah samada silat itu datanganya daripada orang melayu,bugis,sunda,minangkabau,jawa atau mana-mana rumpun nusantara yang lain yang pasti semuanya adalah sama. Yang pasti matlamat silat selain daripada bela diri serta memartabatkan maruah bangsa, ianya juga adalah membentuk perpaduan dan persaudaraan antara sebangsa nusantara tidak kira bangsa melayu,bugis,jawa atau bangsa nusantara yang lain. Namun mengapa saya lebih memilih Silat Cekak Hanafi ini adalah kerana silat ini amatlah mudah pembelajarannya, bahkan amat ringkas silibusnya. Silat ini boleh dipakai tanpa had umur mahu pun jantina. Tidak kiralah samada golongan muda,tua,wanita atau lelaki, boleh mempelajari ilmu silat ini kerana lagi pula gerakkan ilmu cekak ini menerusi kaedah solat.

Tiada apa yang perlu kita banggakan bila kita mempelajari ilmu ini, jadikan ilmu ini sebagai cara untuk kita mempertahankan agama kita, yakni Islam.

Firman Allah s.w.t berkenaan kewajipan mempertahankan diri yang bermaksud:

"Dan sediakanlah apa jua jenis kekuatan yang kamu dapat sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, kamu menggentarkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu dan musuh-musuh lain juga yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya

(surah An-Anfaal :60)

 Selagi hayat digantung badan, perjuangan ini tetap diteruskan. Belajarlah seni bela diri, tidak kira seni bela diri apa pun yang pasti atas niat kerana mahu menjaga agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan